Monday, April 2, 2012

Kaum lelaki...renungkan...



"Apabila saya tiba di rumah pada malam itu sebagai seorang isteri dia telah menyediakan makan malam, akumemegang tangannya seraya berkata, "Ada sesuatu yang ingin Abang sampaikan". Dia duduk dan makan bersama,senyap sunyi tiada sepatah yang dituturkan. Sesekali terlihat kesedihan yang bersarang dalam kelopak matanya.
Suasana menjadi sepi,lidah ku menjadi kelu,entah bagaimana untuk aku meluahkan apa yg terbuku di hati ini. Akan tetapi daku harus menyampaikan apa yg aku rasa,apa yang sedang aku alami. Aku mahu bercerai!. Aku cuba menenangkan perasaan dan meluahkan apa yang sedang bergolak didalam hatiku ini. Dia tidak marah dengan persoalan yang aku timbulkan,sebaliknya mula mengajukan soalan dengan lembut. hatiku tertanya-tanya kenapa?
Saya mengelak dari menjawab soalan yg ditanya. Dia marah!. Dia melemparkan Chop Stick kearah saya, dia menjerit!"awak bukan seorang lelaki!!!!" Pada malam itu, kami tidak bercakap antara satu sama lain. Dia menangis. Aku tahu dia ingin mengetahui apa yang telah terjadi kepada perkahwinan kami. Tetapi aku memang tidak dapat memberikan jawapan yang mampu memuaskan hatinya, sesungguhnya hatiku,cintaku,seluruh kasih sayangku telah jatuh kepada Sofia. Saya tidak menyayanginya lagi. Saya hanya mengasihani dia!
Dengan rasa bersalah yang mendalam, aku merangka satu perjanjian perceraian yang menyatakan bahawa dia boleh memiliki rumah kami, kereta kami, dan 30% kepentingan syarikatku. Dia menoleh dan kemudian mengoyakkan menjadi kepingan bertaburan dilantai kamar tidur. Wanita yang telah menghabiskan 10 tahun hidupnya dengan saya kini telah menjadi seorang yang aku tidak dikenali. Aku berasa kasihan untuk masa yang telah di sia-siakan, semua tenaga, tetapi saya tidak dapat mengambil kembali apa yang saya katakan kerana aku mencintai Sofia sangat menyayangi dan mencintai Sofia. Akhirnya dia menangis dengan kuat di hadapanku,  Bagi ku menangis itu adalah sebenarnya cara bagi seorang wanita melepaskan apa yang telah bersarang didalam hati dan sanubarinya. Idea untuk berceraian membuatkan saya semakin obses dan yakin dengan keputusan yang akan dibuat.
Pada keesokan harinya, aku pulang ke rumah agak lewat dan mendapati isteriku sedang menulis sesuatu di meja. Aku tidak menjamah walaupun sedikit makanan yang telah disediakan diatas meja,sebaliknya terus ke bilik tidur dan terus terlena kerana kepenatan,menjalani hari yang penuh kegembiraan bersama Sofia. Lewat malam,aku terbangun, kulihat isteriku masih lagi menulis sesuatu di meja. Aku tidak menghiraukan apa yang sedang dia lakukan,aku kembali ke kamar dan tidur.
Keesokkan harinya,isteriku telah menyampaikan syarat untuk kami bercerai,dia tidak mahunkan kesemua harta yang telah aku janjikan,sebaliknya telah memberikan aku beberapa syarat. Dia meminta supaya aku dan dia berlaku senormal mungkin selama sebulan sebelum kami bercerai. Alasannya:anak kami Hakim sedang menjalani perperiksaan,dia tidak mahu proses perceraian kami menganggu perhatian dia dalam pelajaran.
Aku dengan mudah bersetuju dengan syarat yang yelah diberikan. Namun,dia membuat satu lagi permintaan.Dia meminta agar aku mengingat kembali saat pabila aku mengangkat dia ke kamar kami pada hari pertama perkahwinan kami. Dia meminta setiap hari untuk dalam tempoh sebulan aku mengangkat dia keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Gila!!Aku rasa dia gila.Namun demi memenuhi cita-cita dan hasrat aku untuk bercerai,aku sanggup lakukan!
Keesokkannya aku memberitahu Sofia syarat yang telah isteri aku kenakan untuk bercerai. Dia ketawa dengan kuat dan menyangka semuanya tidak masuk akal. Sofia dengan angkuh berkata,dia tidak kisah apa pun muslihat yang isteri ku lakukan.dia akan pastikan kami berpisah.
Semenjak menyuarakan hasrat untuk berpisah,aku dan isteri tidak pernah bersentuhan secara fizikal. Oleh itu, pada hari pertama untuk menunaikan permintaan isteriku,kami agak kekok,aku merasakan seperti ada yang agak janggal diantara kami seolah2 kami adalah orang asing.Dengan perlahan aku mengangkat dia,lembut pelukannya. Anak kami bertepuk tangan di belakang , Ayah pegang tangan ibu!!!. Kata-kata beliau benar-benar menguris hati dan perasaanku. Dari bilik tidur ke ruang tamu, kemudian ke pintu, saya berjalan lebih dari sepuluh meter dengan dia di dalam dakapanku. Matanya dipejamkan dan berkata lembut, jangan beritahu anak kita mengenai perceraian. Aku mengangguk, berasa agak kecewa. Aku meletakkan dia di luar pintu. Dia pergi menunggu bas untuk bekerja. Aku memandu sendiri ke pejabat.
Pada hari kedua, keadaan menjadi lebih mudah. Dia bersandar di dadaku. Aku dapat mencium aroma bajunya. Aku sedar yang aku tidak pernah melihat wanita ini dengan teliti untuk jangka masa yang panjang. Aku sedar beliau tidak lagi muda. Terdapat kedutan halus di wajahnya, rambutnya mulai beruban! Perkahwinan kami benar-benar memberi kesan terhadap rupa fizikalnya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang aku telah lakukan.
Pada hari keempat, apabila saya mengangkat beliau, aku merasakan rasa keintiman kembali. Ini adalah wanita yang telah memberikan sepuluh tahun hidupnya kepada saya. Pada hari kelima dan keenam, aku menyedari bahawa perasaan intim antara telah mula berkembang,rasa kasih dan sayang diantara aku dan dia mulai subur dihatiku ini.Sayang yang selama ini hilang kembali berseri disudut hatiku. Aku tidak memberitahu Sofia tentang perkara ini. Sebulan berlalu dengan begitu pantas,tanpa ku sedari hari perpisahan kami semakin hampir,dan setiap hari aku semakin mudah untuk mengangkat dia. Mungkin senaman setiap hari membuat aku kuat.
Dia sedang memilih apa yang hendak dipakai pada satu pagi. Dia mencuba beberapa pakaian tetapi kesemuanya seperti tidak sesuai. Kemudian dia mengeluh, semua pakaian saya semakin besar. Saya tiba-tiba menyedari bahawa dia semakin kurus, dan baru kusedar itu lah sebabnya dia semakin mudah diangkat setiap hari.
Tiba-tiba dia terlanggarku ... didalam hatinya tersembunyi pelbagai keperitan,kesakitan dan kepedihan. Aku menyentuh helaian rambutnya dengan lembut.Dengan perlahan dia memandang kearahku.Berkaca matanya.Ku renung alis matanya,kutatap ulas bibirnya.Dialah wanita yang selama ini bertakhta dihati sanubari ku,wanita yang menjaga setiap helaian pakaianku,menjaga makan dan minumku serta mendidik satu-satunya zuriatku.
Anak kami datang pada ketika ini dan berkata, Ayah, sudah tiba masanya untuk membawa ibu keluar. Kepadanya, melihat aku mengangkat ibunya telah menjadi bahagian yang penting dalam hidupnya. Isteriku memberi isyarat kepada anak kami untuk mendekatinya dan memeluk dengan kuat. aku berpaling,aku takut aku akan berubah hati disaat terakhir yang amat aku nantikan. Aku mengangkat dia didalam pelukan, berjalan dari bilik tidur, melalui ruang tamu. Tangannya mengelilingi leher saya dengan lembut dan semulajadi. Saya memegang tubuhnya, erat, sama seperti hari pertama aku mengahwini dirinya.
Namun,dia semakin ringan semakin kurus. Pada hari terakhir, tatkala dia didalam pelukan ku,amat berat rasanya hati ini untuk melangkah,pergi meninggalkan kehidupan yang selama ini aku tempuhi. Anak kami telah pergi ke sekolah. Aku memegang erat tangannya,aku sedar aku dan dia semakin kurang mesra. Aku memandu ke pejabat .... melompat keluar dari kereta dengan pantas tanpa mengunci pintu. Aku takut apa-apa kelengahan akan membuat aku mengubah fikiran saya ... aku berjalan di tingkat atas.Sofia membuka pintu dan aku berkata, "Maaf, Sofia, aku tidak akan menceraikan dia."



Sofia terpinga,adakah benar apa yang telah dia dengar?Tangannya lembut menyentuh dahi ku seraya bertanya"You demam ke?atau dah kena sampuk?"ujur Sofia. dengan lembut aku mengalihkan jemari Sofia dari raup wajahku."Maafkan aku Sofia" , aku berkata, "Aku tidak akan menceraikan dia,aku sedar perkahwinan kami suram bukanlah kerana kami tidak lagi menyayangi dan mencintai,tetapi aku yang terlalu sibuk hingga mengabaikan siapa dirinya untuk aku. Sekarang aku sedar bahawa sejak aku membawa dia ke rumahku pada hari perkahwinan kami, aku sepatutnya menjaga,menyayanyi,melindungi dirinya sehingga ajal memisahkan kami". Sofia bingkas bangun. Satu tamparan hinggap di pipi ku seraya berlalu dengan pecahan tangisan yang dapat kulihat dibirai matanya,daun pintu dihempas sekuatnya. Aku berjalan keluar,memandu untuk kembali kepada kehidupanku. Di kedai bunga,sejambak mawar merah seperti kegemarannya aku beli. "Tak nak tulis apa-apa ke bang dekat kad ni?'ujur jurujual sambil senyum. aku tersenyum seraya menulis " Sayang,akan kukendong dirimu setiap hari,sehingga ajal memisahkan kita. dirimu sungguh Istimewa bagi diriku.Aku amat menyayangi dan mencintaidirimu. Maafkan segala kekhilafan diriku ini."
Suasana petang,mentari mulai condong diufuk dengan biasan warna jingga mewarnai hamparan rumput hijau dilaman rumah ku,kedengaran kicauan burung bersahutan dalam perjalanan pulang kesarang.Setibanya aku diperkarangan rumah.Tegak berdiri dengan penuh semangat untuk kembali menyulam rasa cinta dalam meneruskan perlayaran rumah tangga kami.Bunga yang kubeli kemas kugangam ditangan. Dengan senyuman aku melangkah masuk kerumah, bingkas berjalan menuju ke kamar beradu ku diamana aku tau dia sedang menanti ku. Daun pintu ku kuak.Kelihatan tubuh isteriku terbaring lesu,tidak bernyawa lagi.Sepucuk surat kemas terselit diatas meja bersama sebentuk cincin perkahwinan kami.Baru ku tahu,isteriku menghidap kanser. Dia tahu yang dia akan meninggalkan kami,dia tahu dia akan pergi jauh. Rupanya permintaannya itu adalah demi memberikan pandangan yang baik dimata anakku,supaya anakku melihat aku sebagai seorang suami yang penyayang. Suami yang menyayanginya sehingga keakhir nafasnya.


Sesungguhnya bukanlah harta benda yang menjadi ukuran didalam kebahagiaan sesebuah hubungan. Selamilah,ingati lah apa yang telah diharungi bersama dalam melayari bahtera hidup berumah tangga

 
Jadikanlah kisah ini sebagai pedoman,dalam kita sibuk mengejar harta dan kegembiraan dunia. Ingatlah ada serang wanita disis yang setia menemani sehingga akhir hayatnya. Ingat lah dia lah ISTERI....


1 comment: