Monday, October 1, 2012

Badut hidung merah

Assalamualaikum....
dah 4 minggu nampaknya untuk sy update lg blog nih....

Maaf lah mmg kebelakangan nih kesihatan kurang elok...
Sy baru saja menjalani satu pembedahan...

apa pon alhamdulilah skrg dah makin sihat...

sempat lah jadi badut semalam untuk event TM Everyone Connect d Carefour Bukit Minyak....

walaupon penat tp sangat enjoy!!!




Wednesday, August 29, 2012

Raya Merdeka Photo Shoot

Assalamualaikum....
Salam Syawal wal faizin...

Kepada semua kawan-kawan selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf zahir Batin....

Mohon ampun dan maaf lama sgt x update blog...
td awl pagi Miss Jim dan sound...x update blog ek heheheh sorry...

Nampaknya hari nih hari pertama masuk keje setelah cuti berhari raya + MC sebab mata injured kene hentak dengan kasut Capal anak sedara tercinta...

so nak dijadikan cerita..petang semalam Bossku telah call mintak hari nih masuk opis pakai baju melayu...dia request lagi..suh pakai baju melayu merah...

rupanya ada photo shoot untuk "Raya Merdeka"...

Hahahaha...akak2 di opis yg cukup kreatif nih dah siapkan Sy dgn cukup kreatif dan patriotik....



Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Merdeka!!!!

Tudia mamu...bersilat Pulak












Tanggal 31,Bulan 8,57....lalalalala

Amin!!Amin!!Ya Allah Malaysia Aman Lagi

Ampun Maaf yer semua...


Larian Raya Merdeka!!!!



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!




 mcm ni lah rupanya kemeriahan kalau dua sambutan besar kita gabungkan...kalau sebelum ni kita ada "Deepa Raya" "Gong Xi Raya" kali nih kita sambut "Raya Merdeka"

Syukur sekali lagi kepada Allah kerana masih memberikan kita nikmat untuk berada didalam negara yang aman damai, walaupon ada jembalang2 yang cuba mengugat kestabilan dan keamanan negara kita

Saya Pilih Mengundi!!! ~ eh lari tajuk heheheh

Chiow!!!








Thursday, July 12, 2012

Klik dengan BIJAK

Assalamualaikum...lama sungguh saya tak update blog..
sibuk sikit kebelakangan nih...hari ni baru duduk d kerusi ofis nih sejak minggu lepas berada di luar...

ari nih just nak share sikit aktiviti Klik dengan bijak yang berlangsung d Sek Men Keb Penanti pda 1 Julai yang lepas...

Acara ni telah disempurnakan oleh Dato Seri Utama Rais Yatim.

pada acara nih terdapat acara penyerahan Net Book kepada beberapa pelajar cemerlang...

tak lupa juga acara cabutan bertuah..kalaupun sy x lah bertuah mana hehehe...

dan acara kemuncak adalah...makan durian heheheh....

ni sikit gambar untuk di share...


Enjoice!!!!~~~~

 tHinking of something~
 IQ Puzzle~tak semudah yang disangka... :-)
 Durian~
 Lagi Durian~
Lagi...lagi...lagi Durian~

Insya allah ada masa nnt sy upload pulak sikit story time g Teaming with Passion bersama Consumer Sale Penang @ Langkawi....

Chiow!!!

Monday, June 18, 2012

TM Group awards Nite 2012

assalamualaikum....
Dalam sibuk2 nih nak update sikit ttg awards nite yg baru zwan pg ujung minggu ari tuh...

erm...tema bola dan team Penang dah choose jersey Argentina...
n Zwan dah jd harimau mlm tuh heheeheh..

 Rimau!!!aum!!!aum!!!
 I am Ready!!!!

 tu dia Maradona Penang hehhe
 Afdlin Shauki




 TM Penang!!!!!
 Zwan & Mira
 with Dato Bazlan

enjoyce!!!

Tuesday, June 5, 2012

Snow White & The HuntsMen

Morning!!!!



Once upon a time in a far away land...lived a beautiful queen. One fine day while she was wondering thru the castle garden,its winter with all beautiful white snow covering the earth. Suddenly she realize there is one small red rose bud is blooming in the freezing winter.The queen try to touch the rose but,she prick her finger by the roses thorn. Three small drops of blood feel down to the icy surface. Red blood with white snow. The Queen wish she could have a baby girl lips as red as blood,skin as pale as snow,hair black as raven and strength as strong as the rose bud that bloom in winter.....

isk dah lah mcm panjang lak citernya hahahah...tuh br starting citer Snow White & The Huntsmen



ok citer lakonan Kristen Steward dan Charlize Theron sangat mantap...mula dari kelahiran seorang puteri yang disayangi rakyat. Snow White sehinga lah ke saat kematian ibu tercinta. Setelah itu negeri diserang dengan kemunculan askar jembalang dan pertemuan bapa Snow White dengan ibu tiri baru yg sangan cantik Queen Ravenna

dengan kejam ayah Snow dibunuh pada malam pertama dan keseluruhan kerajaan jatuh dibawah pemerintahan ratu kejam yang cantik paras rupa... Queen Ravenna



Queen Ravenna memiliki semua kekuatan melalui raut wajah yang cantik.Jadi untuk mengekalkan kecantikan Queen Ravenna mengamalkan ilmu hitam...Dia sedut semua Kecantikan dan keremajaan gadis remaja...untuk kekal cantik...sungguh kejam

 
Masa berlalu Snow White yg kena kurung dalam  menara dah besar dah semakin cantik.Bukan saja cantik malah masih perawan so lagi power lah darah dia...satu hari Queen Ravenna tgk la cermin sakti dia mcm biasa dan cermin tuh cakap kalau nak kekal cantik queen Ravenna kene dapatkan hati Snow White dan dia akan kekal cantik selamanya. Jadi bermula lah acara untuk mengorek hati Snow White.


Snow White yg dikurung telah diperintahkan untuk mengadap Queen Ravenna. Namun Snow White berjaya melepaskan diri dengan mencederakan adik Ravenna yang di hantar untuk mendapatkan Snow White dengan cuma menggunakan sebatang paku. Aku still ingat ayat Queen Ravenna time marah adik dia " Its just a nail,you have lost the girl just by being hit using the nail!!Can you imagine what will happen if she can have a sword?!!!"Jadi di pendek kan cerita lah Snow White berjaya keluar dr istana dan masuk ke Black Forest. So semata-mata nak dapatkan Snow White balik Queen Ravenna dah upan seorang Huntsmen untuk masuk ke Black Forest sebab cuma dia tahu selok belok dalam hutan puaka yang makan orang tu. Sebagai ganjaran queen Ravenna akan hidupkan balik isteri dia yang dah mati..huh?janji yang x masuk akal...

So huntsmen nih pon masuk lah hutan puaka tuh dan cari sambil diiringi oleh adik Ravenna. Akhirnya diorang jumpa Snow White. Tapi mcm nak dikatakan nasib baik lah kan si Huntsmen nih tanya adik Ravenna knp Queen Ravenna nak sgt minah ni...pada masa tuh si Huntsmen ni x tau la yg minah ni puteri raja bernama Snow White. Dan dengan angkuh adik si jahanam tuh cakap its not your business heheh lebih kurang la....dan adik Ravenna yg bodoh tuh jugak dah dedahkan yang sebenarnya kakak dia x dapat pon hidupkan bini si Huntsmen yang dah mati tu....so apa lagi dia pon lari kan lah Snow White...erm panjang lah nak citer hahahha
Apap pon semua pemandangan dan jalan cerita sangat best cantik...paus hati....
so kalau nak tau apa jadi selanjutnya sila lah g tengok hahahaha

ok layan lah semua pic2 yag dah tersedai....enjoice!!!!
 Scene Perang
 scene Perang
 Enchanted Forest
 Orang-orang kerdil & Huntsmen
Mati dah mkn apple :-)


rating aku bagi 9 dari 10 bintang hahahha



enjoice!!!!!